::PENGENALAN::


Tabloq merupakan bedak sejuk warisan nenek moyang kita terdahulu. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia. sesuai untuk semua jenis kulit. 100% campuran tanah liat.


TabloQ ialah salah satu jenis Ramuan Bedak Sejuk Warisan Tradisi Asli orang melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuk bedak kulit rambai, bedak rukup dan bedak sejuk biasa. Namanya yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar tahun 40an hingga 80an.


Sekarang hampir atau lebih 80% generasi sekarang khususnya orang Pantai Timur tidak lagi mengenalinya. Memikirkan akan kemungkinan pupus di telan zaman, Tabloq Marketing mengambil keputusan untuk mengembang semula dan memperkenalkannya kepada umum.

Tiada anugerah dari sesiapa namun TabloQ ini merupakan anugerah dari Allah SWT kepada hambaNya. Sebelum ini testimoni telah di buat, 90% pemakai mengatakan mujarab dan 10% lagi tidak menjadi kerana tidak mengikut cara yang betul atau tidak sabar.